1) Kelas Keusahawanan (E-kerajaan & Klik Dengan Bijak)

Tarikh : 28, 29 & 30.5.2020

Masa : 11.00 – 12.00 pm

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 16 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas (belia & dewasa) untuk meningkatkan pengetahuan penggunaan ICT secara dalam talian (online) dalam menghadapi cabaran PKP Covid19 (#stayathome #staysafe)

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara mendalam seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perbankan online serta perniagaan online.

Aktiviti

        • Peserta-peserta menyertai group whatapps Pusat Internet Felda Jengka 3. Mereka diajar secara maya tentang cara-cara mengakses laman sesawang seperti https://status.mytvbroadcasting.my/ untuk memohon Decoder myfreeview TV (untuk golongan B40 & OKU).
        Peserta didedahkn untuk melayari saluran page/website yang betul berkaitan berita dan info semasa seperti KKM, MKN, KPM, PDRM, SKMM, JAKIM, Sebenarnya.my dan sebagainya. Peserta juga diingatkan untuk tidak mempercayai berita palsu berkaitan Covid-19  dan mendapatkan kesahihan berita di Sebenarnya.my.