1) Program Kategori : bawah 18 tahun ke bawah (SK dan SMK)

Microsoft Office dan Online

Tarikh : 2, 5, 14, 20 dan 21.7.2020

Masa : 3pm – 4pm

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 13 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

Mempromosi Pi dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada peserta.

Memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan ICT dengan bijak seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.

Memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Publisher, Power Point supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan sebarang kerja-kerja kursus.

Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word, Publisher.

Gambar Disini

 

2) Klik Dengan Bijak (sebenarnya.my) & Kelas Keusahawanan (Ms Office, Gmail, E-kerajaan - upu,

polisas dan mysejahtera, perniagaan online -shopee.com.my)

Tarikh : 4, 5, 7, 8, 10, 12, 15, 16, 17, 22 dan 24.7.2020

Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari, 11.00 pagi - 12.00 tengahari & 3.00 - 4.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 25 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara mendalam seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perniagaan online.

Aktiviti

    • Peserta mencipta resume (Ms Word) yang bersuaian mangikut tahap kemahiran dan pendidikan untuk memohon pekerjaan.
    • Peserta menggunakan emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan memudahkan untuk menghantar dokumen peribadi, permohonan pekerjaan online.
    • Peserta turut mendaftar & membuat semakan online upu, politeknik dan mysejahtera.
    • Peserta mendaftar & mencipta kedai online untuk menjual produk di shopee.com.my – muat naik gambar, harga dan keterangan barang/produk dalam talian.

Gambar Disini