1) Program Kategori : bawah 18 tahun ke bawah (SK dan SMK)

Microsoft Office dan Online

Tarikh : 4, 9, 10, 19, 20 dan 26.9.2020

Masa : 10am - 12pm

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 24 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

i) Memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan ICT dengan bijak seterusnya mempelajari perisian komputer, fungsi dan kelebihan Ms Office supaya dapat membantu dalam menyiapkan tugasan sekolah/ pembelajaran.

ii) Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

iii) Sebagai galakkan untuk ahli PI menyertai pertandingan Poster Pusat Internet 2020

Aktiviti

a) Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan penggunaan tetikus supaya mereka menggunakan tetikus dengan lebih cekap lagi.

b) Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word, Publisher dan Power Point.

c)  Terdapat 20 peserta menyertai kelas pertandingan mencipta poster pusat internet 2020 menggunakan software/web poster mywall.com.

Gambar Disini

 

2) Klik Dengan Bijak (sebenarnya.my) & Kelas Keusahawanan (Ms Office, Gmail, E-kerajaan – emunakahat, mysejahtera, perniagaan online -shopee.com.my)

Tarikh : 2, 3, 5, 20, 23, 24 dan 25.9.2020

Masa : 10.00am - 12.00pm dan 3.00 - 5.00pm

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 21 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

i) Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

ii) Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara mendalam seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perniagaan online.

Aktiviti

    • a) Peserta mencipta resume (ms word) yang bersuaian mangikut tahap kemahiran dan pendidikan untuk memohon pekerjaan.
    • b) Peserta menggunakan emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan memudahkan untuk menghantar dokumen peribadi, permohonan pekerjaan online dan sebagainya.
    • c) Pesert mendaftar & mencipta kedai online untuk menjual produk di shopee.com.my – muat naik gambar, harga dan keterangan barang/produk dalam talian
    • d) Peserta (sukarelawan MIV) mengikuti kelas streaming/online berkaitan . ‘TOT MIV - Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong’

Gambar Disini