1) Program Kategori : bawah 18 tahun ke bawah (SK dan SMK)

Microsoft Office dan Online

Tarikh : 2, 10, 11, 24 dan 25.10.2020

Masa : 11am - 12pm & 4pm - 5pm

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 20 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

i) Memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan ICT dengan bijak seterusnya mempelajari perisian komputer, fungsi dan kelebihan Ms Office supaya dapat membantu dalam menyiapkan tugasan sekolah/ pembelajaran.

ii) Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

iii) memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan ICT dengan bijak seterusnya mempelajari perisian komputer iaitu Microsoft Office dengan lebih mendalam lagi.

Aktiviti

a) Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan perkakasan komputer supaya mereka tahu fungsi setiap perkakasan komputer yang mereka gunakan.

b) Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word, Publisher dan Power Point.

c)  Peserta turut menyiapkan folio yang ditugaskan oleh guru mereka dengan menaip dan mencari maklumat menggunakan internet disini.

Gambar Disini

 

2) Klik Dengan Bijak (sebenarnya.my) & Kelas Keusahawanan (Ms Office, Gmail, E-kerajaan – emunakahat, mysejahtera, perniagaan online -shopee.com.my)

Tarikh : 1, 5, 19, 20, 21 dan 28.10.2020

Masa : 11.00am - 12.00pm dan 4.00 - 5.00pm

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 23 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

i) Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

ii) Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara mendalam seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perniagaan online.

Aktiviti

    • a) Peserta diberikan pendedahan berkaitan Klik Dengan Bijak dimana maklumat yang sahih perlu disemak di laman web sebenarnya.my dan mereka perlu memastikan sesuatu maklumat itu adalah benar sebelum berkongsi di media sosial masing-masing. 
    • b) Peserta menggunakan emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan memudahkan untuk menghantar dokumen peribadi, permohonan pekerjaan online dan sebagainya.
    • c) Peserta mendaftar & mencipta kedai online untuk menjual produk di shopee.com.my – muat naik gambar, harga dan keterangan barang/produk dalam talian
    • d) Peserta mencipta resume (ms word) yang bersuaian mangikut tahap kemahiran dan pendidikan untuk memohon pekerjaan.

Gambar Disini