1) Program Kategori : bawah 18 tahun ke bawah (SK dan SMK)

Microsoft Office dan Online

Tarikh : 7, 10, 11, 12 dan 20.11.2020

Masa : 11am - 12pm & 3pm - 5pm

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 16 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

i) Memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan ICT dengan bijak seterusnya mempelajari perisian komputer, fungsi dan kelebihan Ms Office supaya dapat membantu dalam menyiapkan tugasan sekolah/ pembelajaran.

ii) Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan perkakasan komputer.

iii) Menggalakkan peserta belajar secara dalam talian melalui website sekolah, tutor dan link eTuition Pusat Internet.

Aktiviti

a) Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan perkakasan komputer supaya mereka tahu fungsi setiap perkakasan komputer yang mereka gunakan.

b) Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Word, Publisher dan Power Point.

c)  Peserta turut diajar secara tutorial menggunakan link pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tahap penguasaan pengetahuan

Gambar Disini

 

2) Klik Dengan Bijak (sebenarnya.my) & Kelas Keusahawanan (Ms Office, Gmail, E-kerajaan – emunakahat, perniagaan online -shopee.com.my)

Tarikh : 4, 5, 9, 18, 19, 23, 25 dan 26.11.2020

Masa : 11.00am - 12.00pm dan 3.00 - 4.00pm

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 16 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

i) Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

ii) Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara mendalam seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perniagaan online.

Aktiviti

    • a) Peserta diberikan pendedahan berkaitan Klik Dengan Bijak dimana sebagai pengguna internet yang bijak mereka tidak boleh sewenangnya mempercayai berita palsu dan perlu menyemak setiap yang dibaca di internet melalui laman web sebenarnya.my. 
    • b) Peserta menggunakan emel untuk menghantar dokumen peribadi, permohonan pekerjaan online dan sebagainya. Selain itu, email digunakan untuk pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan serta untuk sistem e-munakahat.
    • c) Peserta mendaftar & mencipta kedai online untuk menjual produk di shopee.com.my – muat naik gambar, harga dan keterangan barang/produk dalam talian.
    • d) Peserta mencipta resume (ms word) untuk memohon pekerjaan di mana resume tersebut dicipta mengikut tahap pencapaian akademik, pengalaman kerja dan kemahiran masing-masing.

Gambar Disini