1) Program Kategori : bawah 18 tahun ke bawah (SK dan SMK)

E-Pembelajaran, E-Tuition PIK, Microsoft Office dan Online

Tarikh : 6.1.2021

9, 10, 12, 16, 17 dan 19.1.2021 (eTuition PIK)

Masa : 11am - 12pm & 3pm - 5pm

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 49 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

i) memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Office supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan latihan dan kerja kursus.

ii) Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan tetikus.

iii) Menggalakkan peserta belajar secara dalam talian melalui website sekolah, tutor dan link eTuition Pusat Internet Komuniti yang telah disediakan.

Aktiviti

a) Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan perkakasan komputer seperti papan kekunci, tetikus dan lain-lain supaya mereka tahu fungsi setiap perkakasan komputer yang mereka gunakan.

b) Peserta diajar menggunakan asas internet menggunakan enjin carian seperti www.google.com seperti mencari gambar dan maklumat. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Office seperti Word, Publisher & Powerpoint.

c) Peserta turut diajar secara tutorial menggunakan link pembelajaran (ZOOM) yang disediakan untuk meningkatkan tahap penguasaan pendidikan dalam mata pelajaran tertentu mengikut tahap, masa dan jadual yang telah ditetapkan oleh link eTuition PIK.

Gambar Disini

 

2) Klik Dengan Bijak (sebenarnya.my), Kelas Keusahawanan (Ms Office, Gmail, E-kerajaan -ssm,

emunakahat, perniagaan online -shopee.com.my)

Tarikh : 4, 7, 8, 11, 18, 19, 21, 24, 23, 25 dan 27.1.2021

Masa : 10.00am - 12.00pm dan 3.00 - 5.00pm

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 31 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

i) Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ICT (Komputer & Internet).

ii) Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara mendalam seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perniagaan online.

Aktiviti

    • a) Peserta diberikan pendedahan berkaitan Klik Dengan Bijak dimana maklumat yang sahih perlu disemak di laman web sebenarnya.my dan mereka perlu memastikan sesuatu maklumat itu adalah benar sebelum berkongsi di media sosial masing-masing. 
    • b) Peserta mencipta resume (ms word) yang bersesuaian mengikut tahap kemahiran dan pendidikan untuk memohon pekerjaan.
    • c) Peserta menggunakan emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan online kerajaan. Ia bagi memudahkan untuk menghantar dokumen peribadi, mengisi borang online seperti permohonan isinar KWSP, bantuan prihatin rakyat (https://bpr.hasil.gov.my/) , kemaskini maklumat murid (https://public.moe.gov.my/), permohonan pekerjaan online, perbankan online dan sebagainya.

Gambar Disini