1) Program Kategori : bawah 18 tahun ke bawah (SK dan SMK)

E-Pembelajaran, Microsoft Office dan Online

Tarikh & Masa :

16.2.2021 (10am - 11am) dan 17.1.2021 (3pm - 5pm)

Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 4 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

i) memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Office supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan latihan dan kerja kursus.

ii) Meningkatkan kemahiran menaip dan diberi pendedahan berkaitan penggunaan perkakasan komputer seperti tetikus dan papan kekunci.

iii) Menggalakkan peserta belajar secara dalam talian melalui website sekolah, tutor dan link eTuition Pusat Internet Komuniti yang telah disediakan.

Aktiviti

a) Aktiviti dimulakan dengan tayangan video berkaitan perkakasan komputer seperti papan kekunci, tetikus dan lain-lain supaya mereka tahu fungsi setiap perkakasan komputer yang mereka gunakan.

b) Peserta diajar menggunakan asas internet menggunakan enjin carian seperti www.google.com seperti mencari gambar dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Kemudian maklumat tersebut dimasukkan ke dalam Ms Office seperti Word, Publisher atau Powerpoint.

c) Peserta turut diajar secara tutorial menggunakan link pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tahap penguasaan pendidikan dalam mata pelajaran tertentu.

Gambar Disini

 

2) Klik Dengan Bijak (sebenarnya.my), Kelas Keusahawanan (Ms Office, Gmail, E-kerajaan - Lhdn, ssm, eMunakahat, perbankan online,perniagaan online)

Tarikh & Masa :

1, 2, 3, 4, 19, 22, 23, 25  dan 26.2.2021 (10.00am - 11.00am)

1, 2,15, 21 dan 23.2.2021 (3.00pm - 4.00pm)

Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 33 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

i) Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan lagi kemahiran berkaitan ICT (Komputer & Internet).

ii) Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara mendalam seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perniagaan online.

Aktiviti

    • a) Peserta diberikan pendedahan berkaitan Klik Dengan Bijak dimana maklumat yang sahih perlu disemak di laman web sebenarnya.my dan mereka juga harus berhati-hati ketika berkongsi maklumat peribadi di laman web dan memastikan maklumat di kongsi di laman web rasmi kerajaan sahaja. 
    • b) Peserta menaip resume (Ms Word) mengikut kepada tahap pendidikan, kemahiran dan pengalaman untuk memohon pekerjaan.
    • c) Peserta menggunakan emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan online kerajaan. Ia bagi memudahkan untuk menghantar dokumen peribadi, daftar QR code premis perniagaan - mysejahtera, permohonan bantuan prihatin rakyat (https://bpr.hasil.gov.my/), eMunakahat (mytemujanji.jpn.gov.my), kemaskini maklumat murid (https://public.moe.gov.my/), permohonan pekerjaan online, perbankan online dan sebagainya.

Gambar Disini