Klik Dengan Bijak (sebenarnya.my), Kelas Keusahawanan (Gmail, E-kerajaan - KPM, KKM, SSM, MITI, MySejahtera, perbankan online, perniagaan online dll)

Tarikh & Masa :

3, 17 dan 28.6.2021 (10.00am - 11.00am)

Lokasi : Latihan Atas Talian

Jumlah Peserta : 25 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

i) Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan lagi kemahiran berkaitan ICT (Komputer & Internet).

ii) Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara dalam talian seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan dan perniagaan online.

Aktiviti

    • a) Peserta didedahkan dengan latihan klik dengan bijak berkaitan berita sahih dan palsu seperti sebenarnya.my
    • b)Peserta menggunakan emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan online kerajaan. Ia bagi memudahkan untuk menghantar dokumen peribadi, daftar premis perniagaan Checkin Mysejahtera, SSM, MITI- miti.gov.my, perbankan online dan sebagainya.