Klik Dengan Bijak (sebenarnya.my), Kelas Keusahawanan (Ms Office, Gmail, E-kerajaan, perniagaan online -shopee.com.my)

Tarikh & Masa :

13, 24, 25, 27 & 29.7.2021 (10.00 am  – 12.00 pm)

24 & 25.7.2021 (3.00 pm – 5.00 pm)

Lokasi : Latihan Atas Talian &

Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 24 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

i) Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan lagi kemahiran berkaitan ICT (Komputer & Internet).

ii) Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara mendalam seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan seperti pendaftaran vaksin, MITI, perbankan, perniagaan dalam talian dan sebagainya

Aktiviti

    • a) Peserta-peserta menyertai group whatapps Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3. Mereka diajar secara maya tentang cara-cara mengakses laman sesawang seperti klik dengan bijak, sebenarnya.my untuk mengetahui tentang ancaman scam dan kesahihan berita palsu dalam menghadapi pendemik covid19.
      • b) Beberapa peserta diajar cara-cara mendaftar iCitra kwsp secara video tutorial dalam whatsApp group.
    • c) Peserta mendaftar & mencipta kedai online untuk menjual produk di shopee.com.my – muat naik gambar, harga dan keterangan barang/produk dalam talian.

d) Peserta hadir ke PIK untuk mendaftar email, menaip surat kiriman rasmi dan menaip kewangan syarikat berkaitan perniagaan yang dijalankan.