1) Klik Dengan Bijak (sebenarnya.my), Kelas Keusahawanan (Ms Office, Gmail, E-kerajaan)

Tarikh & Masa :

3, 5, 12, 14, 19, 26 & 29.8.2021 (10.00 am  – 11.00 am)

8, 15, 17, 20 & 23.8.2021 (3.00 pm – 5.00 pm)

Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 26 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

i) Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan lagi kemahiran berkaitan ICT (Komputer & Internet).

ii) Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara mendalam seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan seperti pendaftaran vaksin, MITI, perbankan, perniagaan dalam talian dan sebagainya

Aktiviti

    • a) Peserta-peserta menyertai group whatapps Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3. Mereka diajar secara maya tentang cara-cara mengakses laman sesawang seperti klik dengan bijak, sebenarnya.my untuk mengetahui tentang ancaman scam dan kesahihan berita palsu dalam menghadapi pendemik covid19.
    • b) Beberapa peserta lepasan IPT membuat resume dan emel untuk kegunaan permohonan pekerjaan manakala pelajar tingkatan 6 pula menyiapkan kertas kerja (slide presentation) untuk kegunaan dalam pembelajaran atas talian (googlemeet).
  • c) Selain itu, peserta lain melayari laman sesawang kerajaan seperti JPN, KWSP dan lain-lain untuk membuat temujanji online.

 

Gambar disini