1) Klik Dengan Bijak (Online Platform), Kelas Keusahawanan (Ms Office, Gmail, E-kerajaan)

Tarikh & Masa :

1, 2, 3, 7, 14, 25, 27 & 28.9.2021 (10.00 am  – 12.00 pm)

5, 18 & 20.9.2021 (3.00 pm – 5.00 pm)

Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 48 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

i) Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan lagi kemahiran berkaitan ICT (Komputer & Internet).

ii) Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet secara mendalam seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan seperti pendaftaran vaksin, mysejahtera, perbankan, perniagaan dalam talian dan sebagainya.

iii) Peserta diberi pendedahan berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) melalui platform atas talian seperti Facebook dan Whatsapp di mana mereka menyertai seminar/bengkel secara langsung yang diadakan oleh pihak SKMM yang membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan alam siber,  identiti digital, data peribadi dan lain-lain.

Aktiviti

    • a) Peserta-peserta menyertai group whatapps & Facebook Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3. Mereka digalakkan untuk menyertai seminar/bengkel Klik dengan Bijak yang dianjurkan oleh SKMM secara dalam talian melalui link Facebook.
    • b) Beberapa peserta lepasan IPT membuat resume dan emel untuk kegunaan permohonan pekerjaan manakala pelajar baru IPT lepasan STPM dan SPM pula membuat permohonan biasiswa, bantuan kewangan secara dalam talian.
  • c) Selain itu, peserta lain melayari laman sesawang kerajaan seperti Mysejahtera, eMunakahat, JPN, KWSP dan lain-lain untuk membuat temujanji online.

Gambar disini