1) Program Kategori : bawah 18 tahun ke bawah (SK dan SMK)

E-Pembelajaran, Microsoft Office dan Online

Tarikh & Masa : 

eTuisyen PIK : 7, 13, 14, 20 dan 21.11.2021

Latihan SK & SMK : 10, 22, 24 dan 26.11.2021  

Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 20 orang (18 tahun ke bawah)

Tujuan

i) memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari pelbagai fungsi Microsoft Office supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah terutamanya ketika menyiapkan latihan dan kerja kursus.

ii) Menggalakkan peserta belajar secara dalam talian melalui website sekolah, tutor dan link eTuisyen Pusat Internet Komuniti yang telah disediakan.

iii) memberi pendedahan kepada pelajar menggunakan ICT dengan bijak seperti pembelajaran secara dalam talian seterusnya mempelajari pelbagai teknik pembelajaran melalui laman web yang disediakan khas untuk pelajar sekolah.

Aktiviti

  • a) Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Kemudian maklumat tersebut dirangkumkan dan dimasukkan ke dalam Ms word dalam menyiapkan tugasan latihan sekolah seperti kerja kursus/folio.
  • b) Peserta turut diajar secara tutorial menggunakan link pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tahap penguasaan pendidikan dalam mata pelajaran tertentu mengikut tahap, masa dan jadual yang telah ditetapkan oleh link eTuisyen PIK.

Gambar disini

 

2) Klik Dengan Bijak (sebenarnya.my)

Kelas Keusahawanan (Ms Office, Gmail, E-kerajaan)

Tarikh & Masa :

2, 9, 17, 18 & 23.11.2021 (10.00 am - 12.00 pm)

Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 10 orang (18 tahun ke atas)

Tujuan

i) Tujuan latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan 18 tahun ke atas seperti belia, dewasa, wanita, surirumah dan usahawan untuk meningkatkan lagi kemahiran berkaitan ICT (Komputer & Internet).

ii) Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan tahap penggunaan internet lebih efektif seperti cara-cara melayari internet dengan kaedah yang betul terutamanya laman-laman web rasmi kerajaan seperti pendaftaran vaksin, mysejahtera, perbankan, perniagaan dalam talian dan sebagainya.

Aktiviti

    • a) Peserta menggunakan emel untuk memudahkan pendaftaran Facebook, urusan-urusan rasmi kerajaan dan memudahkan untuk menghantar dokumen peribadi, permohonan pekerjaan online.
    • b) Peserta melayari perbankan dalam talian untuk memudahkan urusan jual-beli secara maya.
  • c) Selain itu, peserta lain melayari laman sesawang kerajaan seperti Mysejahtera, eMunakahat, JPN, KWSP dan lain-lain untuk membuat temujanji online.

Gambar disini