Nama Produk : Ayam Penyet & Kuih Muih

Nama Pengusaha : Rohani Binti Che Mamat

Lokasi : No. 84 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 016-294 7817

Merupakan usahawan makanan basah dan kering yang berniaga di hadapan rumah juga membuka gerai dihadapan sekolah serta di Pekan Sehari Felda Jengka 3. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan kira-kira 2 tahun yang lalu setelah mendapat bantuan perniagaan melalui Zakat Pahang. Beliau juga menggunakan sosial media seperti Facebook dan Whatsapp untuk mempromosikan produk.  Antara produk yang dihasilkan adalah seperti ayam penyet, kuih muih seperti roti jala, lompat tikam, bihun rangup dan sebangainya. Pelanggan juga boleh terus ke kedai beliau untuk memilih sendiri pelbagai jenis makanan yang dihasilkan sendiri oleh beliau atau pelanggan boleh meminta untuk membuat penghantaran disekitar Jengka 3.