Nama Produk : Makanan & Minuman

Nama Pengusaha : Nurul Anis Farhana Bt Ruslan

Lokasi : No. 183 Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 018-6679568

Puan Anis merupakan suri rumah yang aktif berniaga di pasar-pasar malam dan pasar tani sekitar Jengka dan Maran. Beliau membuka gerai bersama suami dan menjual pelbagai jenis menu seperti putu bambu, keropok, goreng pisang, kuih-muih serta menjual pelbagai jenis minuman seperti ABC, cendol dan banyak lagi. Perniagaan yang diwarisi oleh kedua ibu bapanya ini mendapat sambutan ramai kerana pelanggan dapat memilih pelbagai jenis juadah dan putu bambu menjadi salah satu menu yang menjadi pilihan ramai.