USAHAWAN KECIL MAKANAN KERING

Nama : Nor Laily bt Panut

Umur : 45 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Usahawan produk makanan seperti kerepek dan kuih-muih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Nor Laily telah menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan  ini secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Felda Jengka 3 sejak 6 tahun yang lalu. Beliau juga merupakan ahli Amanah Ikhtiar Daerah Maran. Antara produk makanan yang telah beliau hasilkan seperti kerepek bawang, kerepek pisang, popia simpul, popia sira dan sebagainya. Beliau turut aktif menjual produknya di booth disebarang majlis disekitar Jengka.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau telah belajar strategi untuk mempromosikan produk-produk dengan cara yang lebih baik supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan sekaligus dapat menambah jualan untuk produk yang dipromosikan. Beliau juga menghadiri kelas Dashboard Komuniti (Myshop) untuk mempelajari cara-cara fotografi gambar produk dengan lebih baik dan seterusnya mengiklankan produk-produknya di dalam Myshop.