BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Nor Amira Bt Ismail

Umur : 18 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar belakang

Nor Amira merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Jengka 2 dan kini telah menjadi penuntut di salah sebuah IPT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tugas dan peranan sebagai seorang pelajar menuntut beliau meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasannya. Pada mulanya beliau tidak begitu mahir menaip dan mengendalikan komputer terutamanya jika mahu mencetak sesuatu di website. Bantuan dan tunjuk ajar dari petugas Pi diperlukan pada awal kedatangan beliau ke Pi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan Instagram sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer, Microsoft Office serta Adobe Photoshop. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya. Beliau juga pernah memenangi hadiah saguhati didalam pertandingan poster yang dianjurkan pihak SKMM.