USAHAWAN KECIL MAKANAN KERING

Nama : Siti Hajar Binti Ismail

Umur : 33 Tahun

Ahli    : 2017

Latar Belakang

Usahawan yang berniaga produk berasaskan makanan seperti biskut dan kuih-muih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Siti Hajar telah menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan  ini secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Felda Jengka 3 sejak setahun yang lalu. Antara produk makanan yang telah beliau hasilkan seperti biskut tart gulung nenas, biskut kacang Mazola serta kuih muih seperti kuih pau goreng, chakoi dan sebagainya.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau telah belajar cara-cara mempromosikan produk serta teknik mengambil gambar produk dengan cara yang lebih baik supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan sekaligus dapat menambah jualan untuk produk yang dipromosikan. Selain mempromosikan jualannya di Facebook dan Whatsapp, beliau turut mengiklankan produknya di Myshop Dashboard Komuniti.