USAHAWAN KECIL MAKANAN KERING

Nama : Normala Binti Hassim

Umur : 51 Tahun

Ahli    : 2013

Latar Belakang

Usahawan yang berniaga secara kecil-kecilan menjual makanan sejuk-beku (produk Ayamas).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Normala merupakan suri rumah yang berniaga secara kecil-kecilan di hadapan rumah beliau. Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak 2 tahun yang lalu. Beliau telah diberi peluang untuk menjual produk Ayamas (sejuk-beku) dari rumah beliau sendiri dan bekalan akan dihantar oleh pihak Ayamas. Pelanggan yang ingin mendapatkan produk Ayamas perlu kerumah beliau untuk mendapatkannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, Pn Normala telah memiliki akaun email dan Facebook sendiri untuk memudahkan beliau mempromosikan produknya di media sosial. Pelanggan beliau adalah dari sekitar Jengka 3 yang akan berkunjung terus ke kedai untuk mendapatkan pelbagai jenis produk Ayamas seperti sosej dan ayam goreng. Beliau juga turut menyediakan ayam goreng dan sosej yang siap dimasak untuk memudahkan pelanggan. Pelanggan juga dapat menguhubungi beliau melalui aplikasi Whatsapp untuk membuat tempahan.