BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Noor Aqilah Bt Abdullah Sani

Umur : 19 Tahun

Ahli    : 2014

Latar Belakang

Noor Aqilah merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Jengka 2 dan kini telah menjadi penuntut di salah sebuah IPT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tugas dan peranan ini menuntut beliau meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasannya.Beliau juga gemar mengikuti latihan komputer dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan Instagram sendiri bagi memudahkannya untuk berkomunikasi secara atas talian. Beliau  juga semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office (Word, Powerpoint, Publisher).