BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Ishak Bin Ibrahim

Umur : 18 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar Belakang

Ishak merupakan pelajar IKM Kedah. Tugas dan peranan ini menuntut beliau meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah yang ingin diberi. Beliau adalah pelajar yang aktif yang mempunyai pelbagai jawatan di sekolah. Ishak juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengetahui sedikit sahaja berkaitan ICT semasa di sekolah menengah. Tugas dan peranan sebagai seorang pelajar di kolej menuntut beliau untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang memerlukan kemahiran ICT seperti menaip, mencari maklumat secara atas talian serta membuat slide perbentangan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, Instagram dan facebook sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer, membuat slide perbentangan, mencari maklumat dengan teknik yang betul dan lain-lain.