USAHAWAN Barangan Kosmetik, Kesihatan & Kecantikan

Nama : Kamisah Binti Malik

Umur : 42 Tahun

Ahli    : 2016

Latar Belakang

Pn Kamisah telah menceburi bidang pernigaan secara kecil-kecilan di sekitar Felda Jengka 3. Mula terlibat dalam perniagaan ini sejak 3 tahun yang lalu. Beliau menjual produk Sendayu Tinggi dan Avon yang terdiri daripada produk kosmetik, kecantikan dan kesihatan. Pelanggan beliau merupakan penduduk sekitar dan dari luar kawasan yang mengetahui berkenaan produk beliau melalui sosial media.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Kamisah hanya menjual produk beliau kepada penduduk setempat yang mengetahui tentang produk tersebut melalui iklan dan flyers yang diedarkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard PI) sendiri yang menjadi medium untuk mempromosikan produknya. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk berkenaan melalui Facebook, WhatsApp dan Myshop (Dashboard PI).