USAHAWAN KECIL MAKANAN TRADISIONAL

Nama : Salasiah Bt Mat Sarif

Umur : 36 Tahun

Ahli    : 2014

Latar Belakang

Pn Salasiah telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan di sekitar Felda Jengka 3 sejak setahun yang lalu. Mula terlibat dalam bidang masakan sejak 2 tahun yang lalu dengan menjual laksa gebok serta menjual jagung. Kini beliau menghasilkan pelbagai jenis bahulu yang telah mendapat sambutan dari penduduk setempat. Tempahan yang diterima adalah daripada pelanggan-pelanggan sekitar kawasan Jengka dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, whatsApp dan facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tempahan yang diterima adalah terhad dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan kerana promosi produk yang terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki email sendiri dan telah mendaftar akaun Facebook dan Myshop (Dashboard Komuniti). Beliau menggunakan media sosial tersebut sebagai tempat untuk mempromosikan perniagaannya supaya pelanggan sekitar Jengka dan luar kawasan dapat mengetahui tentang produknya dan dapat membuat tempahan sama ada untuk kenduri atau untuk perayaan. Beliau turut mengepos produk bahulu tersebut untuk pelanggan yang menempah luar dari kawasan sekitar.