BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Ainnul Huda Bt Mohamad Taib

Umur : 18 Tahun

Ahli    : 2016

Latar Belakang

Ainnul merupakan pelajar Tingkatan 6 di SMKJ2. Tugas dan peranan sebagai pelajar menuntut beliau meningkatkan diri dari segi kemahiran komputer dan internet bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Beliau merupakan pelajar aktif yang memegang pelbagai jawatan di sekolah. Di pusat internet beliau telah mengikuti pelbagai latihan ICT seperti Microsoft Word, Adobe Photoshop dan lain-lain. Selain itu, Ainnul turut menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengetahui beberapa perkara asas berkaitan ICT. Tugas dan peranan sebagai seorang pelajar Tingkatan 6 menuntut beliau untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang memerlukan kemahiran ICT seperti menaip, mencari maklumat secara atas talian serta membuat slide perbentangan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri di Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau telah mendaftar akaun Email, Instagram dan Facebook bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau juga semakin mahir dalam menggunakan komputer dan Microsoft Office untuk menyiapkan tugasan di sekolah.