USAHAWAN PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI

Nama : Sahimah Bt Mat Sarif

Umur : 46 Tahun

Ahli    : 2014

Latar Belakang

Merupakan usahawan yang menyediakan perkhidmatan urutan refleksologi dan spa (urutan kaki, urutan selepas bersalin, rawatan muka dan lain-lain) sejak 3 tahun yang lalu. Beliau memulakan perkhidmatan urutan ini di Spa miliknya yang terletak di jalan besar Felda Jengka 3. Selain itu, beliau turut ke rumah pelanggan yang memerlukan perkhidmatan urutan dan spa. Beliau juga terlibat di pelbagai karnival yang dijalankan oleh pelbagai agensi di sekitar Rompin, Raub, Temerloh serta Sarawak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Sahimah hanya mempromosikan perkhidmatan beliau kepada penduduk setempat yang mengetahui tentang perkhidmatan melalui iklan dan flyers yang diedarkan dan melalui iklan di papan tanda yang diletakkan di Spa beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard PI) sendiri yang menjadi medium untuk mempromosikan perkhidmatannya kepada pelanggan di sekitar Daerah Maran. Kini perkhidmatan beliau semakin meluas bukan sahaja di SPA malah beliau turut ke rumah pelanggan disekitar Jengka 3.