USAHAWAN MAKANAN SEJUK BEKU

Nama : Zaharah Bt Mohd Sidek

Umur : 44 Tahun

Ahli    : 2018

Latar Belakang

Usahawan makanan separuh masa sejak 2 tahun yang lalu. Menghasilkan produk makanan secara sejuk-beku seperti karipap, donut, samosa, kasturi, puteri ayu dan lain-lain. Produk-produk tersebut dihasilkan sendiri di rumah beliau. Tempahan yang diterima adalah daripada pelanggan-pelanggan sekitar kawasan Jengka dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, whatsApp dan facebook. Beliau turut mempromosikan produknya di kedai-kedai runcit Jengka 3 bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tempahan yang diterima adalah terhad dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan kerana promosi produk yang terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau telah mendaftar email sendiri dan telah memiliki akaun Facebook dan Myshop (Dashboard Komuniti). Beliau menggunakan media sosial tersebut sebagai tempat untuk mempromosikan perniagaannya supaya pelanggan sekitar Jengka dan luar kawasan dapat mengetahui tentang produknya dan dapat membuat tempahan terus darinya.