BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Sharifah Arinatasha Bt Abd Muhaimin

Umur : 18 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Arinatasha merupakan pelajar lepasan SPM 2018 . Ketika di alam persekolahan beliau kerap ke Pusat Internet untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah yang ingin diberi. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengetahui beberapa perkara asas berkaitan ICT. Tugas dan peranan sebagai seorang pelajar Tingkatan 5 menuntut beliau untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang memerlukan kemahiran ICT seperti menaip, mencari maklumat secara atas talian serta membuat slide perbentangan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook, instagram sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer dan Microsoft Office dimana kemahiran itu diperlukan untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kelak.