USAHAWAN MAKANAN

Nama : Ummi Nur Adlina Bt M. Zani

Umur : 28 Tahun

Ahli    : 2017

Latar Belakang

Merupakan suri rumah dan usahawan makanan separuh masa yang berniaga secara kecil-kecilan di gerai dan menjual pelbagai makanan seperti burger, sosej, nugget, nasi ayam dan sebagainya. Beliau memulakan perniagaan dari rumah dan sekarang telah memiliki gerai perniagaan di kawasan tumpuan komuniti di Jengka 3. Menggunakan media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk yang diniagakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Ummi Adlina hanya mempromosikan perniagaan beliau kepada jiran tetangga dan rakan-rakan yang mengetahui berkaitan produk yang diniagakan. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 20 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard PI) sendiri yang menjadi medium untuk mempromosikan makanan yang diniagakan di gerai beliau. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk berkenaan melalui media sosial tersebut menjadikan pelanggan beliau bertambah dari sebelumnya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih kurang RM300 dan jumlah pelanggan kini hampir 30 orang sebulan.