USAHAWAN MAKANAN PASTRI

Nama : Noraziah Bt Ropa

Umur : 44 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Merupakan suri rumah dan usahawan masakan separuh masa. Menghasilkan produk seperti tart buah, kek, kuih, biskut dan sebagainya di bawah syarikatnya sendiri iaitu Nourra Creative Homemade. 

Pn Noraziah telah menceburi bidang masakan ini secara kecil-kecilan di sekitar Felda Jengka 3. Beliau terlibat dalam bidang masakan sejak 10 tahun yang lalu. Beliau juga merupakan antara tenaga pengajar masakan di Daerah Maran. Pelbagai jenis masakan yang dihasilkan seperti tart buah, kek, kuih, biskut dan sebagainya. Tempahan yang diterima adalah dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui WhatsApp, Facebook. Instagram & Myshop (Dashboard Komuniti).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM600 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun Facebook, Instagram dan Myshop (Dashboard Komuniti) untuk mempromosikan produk-produk yang dihasilkannya. Kini pelanggan beliau telah bertambah dari serata tempat, malah beliau turut mendapat tempahan dari organisasi di musim perayaan yang menempah pelbagai jenis biskut raya. Selain itu, beliau turut mendapat tempahan cenderahati (Doorgift) serta hantaran tart buah untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, pertunangan, kesyukuran dan lain-lain. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800 – RM1500.