USAHAWAN PRODUK SEJUK-BEKU

Nama : Ayu Binti Razak

Umur : 47 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar Belakang

Pn Ayu telah menceburi bidang masakan  ini secara kecil-kecilan di sekitar Felda Jengka 3. Beliau telah menyertai pelbagai agensi keusahawanan untuk membantu di dalam bidang perniagaan seperti Empower Acer, FAMA dan lain-lain. Mula terlibat dalam masakan sejak 5 tahun yang lalu secara kecil-kecilan dari rumah.

Produk ‘Homemade’ dihasilkan adalah produk sejuk-beku seperti karipap, samosa, murtabak mini, donut dan sebagainya. Selain itu, beliau turut menghasilkan pelbagai jenis produk kering seperti biskut dan kuih siput. Tempahan yang diterima adalah dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, whatsApp dan facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Ayu hanya mempromosikan perniagaan beliau sekitar Jengka 3 melalui flyers, jiran tetangga dan kenalan setempat. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 20 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun facebook, email dan myshop (Dashboard Komuniti Pi) sendiri yang dapat mempromosikan perniagaannya. Selain itu, beliau turut meluaskan pasaran dengan menghantar produk ke pasaraya di sekitar Jengka dan Jerantut (PDM & UMART) untuk memudahkan pelanggan yang jauh untuk mendapatkan produknya. Pelanggan beliau kini dari serata tempat yang mana mereka mengetahui produk beliau melalui Facebook, Whatsapp, dan Myshop Pi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM800 dan jumlah pelanggan hampir 50 orang sebulan.