USAHAWAN PRODUK BAKERI & SEJUK-BEKU

Nama : Mohamad Syafiq b. Zainudin

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

En Syafiq telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan sejak setahun yang lalu. Mula meminati bidang bakeri sejak lima tahun yang lalu setelah mencuba pelbagai jenis resepi di laman web kemudian menjual secara kecil-kecilan di laman sosial dibawah nama Sugar Palace. Setahun yang lalu beliau mendapat peluang untuk menjadi ajen kepada sebuah bakeri terkenal iaitu Mamasab Bakery. Beliau diberikan bimbingan secara atas talian oleh tenaga pengajar di dalam bakeri tersebut dan menjual pelbagai jenis kek premium seperti kek coklat, kek red velvet, brownies dan banyak lagi. Selain itu, beliau turut menjual pelbagai jenis biskut, sos perap dan kambing perap. Tempahan yang diterima adalah daripada pelanggan-pelanggan sekitar kawasan dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, whatsApp dan facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan internet, beliau hanya menjual kepada pelanggan sekitar Jengka3 dan berhampiran. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 30 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook, instagram dan myshop (Dashboard Pi) sendiri. Dimana beliau menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan produk di atas talian dimana pelanggan beliau dapat mengetahui terus berkenaan produk disana, promosi dan sebagainya. Beliau turut menyertai Program Hari Bersama Komuniti untuk berkongsi pengalaman sebagai usahawan baru. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM1000 dan jumlah pelanggan kini melebihi 50 orang sebulan.