USAHAWAN PRODUK TANAMAN

Nama : Sham Ghani b. Jamal

Umur : 50 Tahun

Ahli    : 2020

 

Latar Belakang

Petani komersial sepenuh masa. Menghasilkan produk tanaman bunga hiasan, sayuran dan herba seperti daisy, strawberi, anggur, kobis, kesom, serai, daun sop dan sebagainya.  Tanaman tersebut diusahakan di kawasan rumah. 

En Sham telah menceburi bidang ini sejak 8 tahun yang lalu. Tempahan yang diterima adalah daripada pelanggan-pelanggan sekitar kawasan jengka dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, whatsApp dan facebook. Beliau turut memberi taklimat berkaitan cara penanaman sayuran dalam program yang dianjurkan oleh komuniti setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan internet, beliau hanya menjual kepada pelanggan sekitar Jengka3 dan berhampiran. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 30 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook, instagram dan myshop (Dashboard Pi) sendiri. Dimana beliau menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan produk di atas talian dimana pelanggan beliau dapat mengetahui terus berkenaan produk disana, promosi dan sebagainya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM700 dan jumlah pelanggan kini melebihi 50 orang sebulan.