USAHAWAN PRODUK KESIHATAN, KECANTIKAN & PERALATAN RUMAH

Nama : HAMIDAH BT ABDUL RAZAK

Umur : 42 Tahun

Ahli    : 2022

Latar Belakang

Pn Hamidah merupakan ejen kepada produk berjenama Amway dan telah menceburi bidang ini setahun yang lalu. Pelbagai jenis produk yang dijual di bawah jenama Amway seperti produk kesihatan & Kecantikan, Kuali, Periuk Bertekanan tinggi, pengisar mudah alih dan sebagainya. Selain itu, beliau turut mengadakan kelas masakan menggunakan produk-produk yang dijual dan turut menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan roti dan pastry dan menjualnya kepada komuniti setempat di Jengka 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM600 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 10 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing/disediakan oleh PEDi Jengka 3, beliau dapat mempromosikan produk melalui media sosial seperti Instagram dan tiktok. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM700 dan jumlah pelanggan melebihi 20 orang sebulan.