BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Siti Aishah bt Abu Bakar

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2015

Latar Belakang

Cik Aishah merupakan jurujual di salah sebuah Kedai Runcit di Jengka 3. Beliau telah berkhidmat lebih 4 tahun dalam bidang perniagaan ini. Beliau kerap ke PEDi untuk meningkatkan kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan tugasan dalam pekerjaannya kerana beliau turut menguruskan urusan pengkeranian seperti merekodkan pelbagai jenis dokumen untuk majikannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan Handphone untuk menggunakan media sosial dan  mengetahui sedikit berkaitan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh PEDi Felda Jengka 3, beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam Microsoft Office seperti word dan excel bagi memudahkan untuk membuat surat rasmi, membuat borang senarai harga barang dan lain-lain. Beliau turut melayari internet atau website berkaitan perniagaan untuk memasukkan data perniagaan seperti KPDNKK. Selain itu beliau turut mahir menggunakan email dan sosial media yang lain seperti facebook, instagram dan tiktok dan lain-lain.