Tarikh : 9 Mei 2016 (Isnin)

Masa : 11.30 Pagi

Tempat : Dewan JKKK Jengka 3

Program Info Komuniti 1 Malaysia ini telah diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat dasar-dasar kerajaan kepada penduduk setempat, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara jabatan kerajaan dan penduduk setempat serta mendapatakan isu setempat.

Program kursus penyembelihan pula bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang cara penyembelihan menurut syarak dan memberi tunjuk ajar mengenai cara penyembelihan serta meningkatkan kefahaman berkaitan kepentingan mendapatkan ilmu dan kemahiran penyembelihan agar masyarakat dapat mengendalikan urusan penyembelihan dengan baik pada masa hadapan.

Pelbagai aktiviti disediakan seperti Senamrobik, Program Sepuluh Ribu Langkah, Ceramah Penyembelihan, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Majlis Perasmian. Diharapkan program-program seperti ini diadakan lagi pada masa hadapan agar dapat melahirkan komuniti yang berilmu pengetahuan.