Tarikh : 22 Julai 2016 (Jumaat)

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Dataran Felda Jengka 3

Bersama-sama

YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj

 

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2016 telah diadakan oleh Adun Kuala Sentul, Dato Hajah Shahaniza Bt Haji Shamsuddin bagi meraikan kedatangan Syawal bersama-sama komuniti di sekitar Dun Kuala Sentul. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj bagi meraikan Malam Mesra Aidilfitri yang dihadiri lebih kurang 10 000 tetamu. Pelbagai juadah disediakan oleh pihak penganjur seperti lemang dan rendang, nasi berlauk, roti canai, kebab, nasi lemak, keropok, cendol dan sebagainya. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian dari artis-artis tanah air yang dijemput khas ke majlis tersebut.