Penyertaan terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu orang awam, pelajar sekolah, dan IPTA/IPTS.

Kategori pertandingan :

1. Photography (Fotografi)

2. Digital Image Manipulation (Manipulasi imej digital)

3. New Media (Media Baru)

4. Video-Short Movie (Video- Cerita Pendek)

Penyertaan adalah secara atas talian, sila layari https://dc3awards.com/

Tarikh Tutup : 31 Oktober 2017

 


VISI

'Menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai "One Stop Digital Centre" yang dapat dilestarikan ke arah membina kewibawaan sosio-ekonomi setempat'


MISI

Mencapai VISI NADI dengan menjadi AGEN TRANFORMASI melalui :

1. Program latihan dan pembangunan terancang untuk membina keupayaan, kemahiran, ilmu dan kebolehan petugas dan komuniti.

2. Penggunaan teknologi bersesuaian yang dapat menggunakan aplikasi terkini yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.

3. Penambahbaikan proses kerja secara berterusan supaya sistem pengurusan akan lebih mantap.


 

OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

2. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

3. Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan.

4. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet.

5. Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NaDi.

 


 

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) FELDA JENGKA 3

Penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Jengka 3, Pahang adalah satu pendekatan kerajaan dalam merapatkan jurang digital komuniti luar bandar dalam meningkatkan pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman web ini, diharap agar komuniti setempat dapat didedahkan dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi Maklumat. Projek NADI ini adalah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM) dengan menfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.
 

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat sebanyak 12 buah NADI untuk Fasa Rintis, 73 buah pusat untuk Fasa 1, 52 buah pusat untuk Fasa 2, 36 buah pusat untuk Fasa Felda, 110 buah pusat untuk Fasa 4, 42 buah pusat untuk Fasa 5, 30 buah pusat untuk Fasa 6, 10 buah pusat untuk Fasa 7 dan 30 buah pusat untuk Fasa 8 telah diwujudkan di seluruh Malaysia.

Kini hampir 1200 Ahli yang telah berdaftar di NADI ini. Terdapat pelbagai kemudahan yang ditawarkan di sini seperti melayari internet, pembelajaran berkaitan ICT, latihan keusahawanan, perniagaan, tuisyen, pemeriksaan tekanan darah, cetakan dan sebagainya.

 

Mula Beroperasi        

20 September 2013

Fasa

Fasa 4 (Telephony)

Alamat

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

Felda Jengka 3

26400 Bandar Jengka

Pahang Darul Makmur

Petugas

Noraida bt Yusoff (Mula Berkhidmat : 20.9.2013)

Noraidila Farahana bt Zainudin (Mula Berkhidmat : 20.9.2013)

Perasmi

YB Dato’ Sri Shahaniza bt Shamsuddin, SSAP, DIMP, AMP, BCM

Dirasmikan

1 Disember 2014

Koordinat

Latitud (3 40 59 N)

Longitud (102 36 30 E)

No Telefon

011-29313796

Website

http://feldajengka3.pjk.com.my/

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Link Media Sosial

https://linktr.ee/NaDiJengka3

Keahlian

(hingga Mac 2024)      

1202 orang

Pengguna

83 430

  

 

 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

DI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) FELDA JENGKA 3