Tarikh : 24 Oktober 2015 (Sabtu)

Masa : 2.30 petang - 5:00 petang

Tempat : Dewan JKKK Felda Jengka 3 (wanita sahaja)

Penceramah : Ustaz Muhammad B Ismail (Ustaz Mat Temasik)

Sempena menyambut Maal Hijrah baru-baru ini Masjid As-Solehin dan JKKK Felda Jengka 3 telah mengadakan ceramah agama yang diadakan di dewan JKKK Jengka 3 dan telah dihadiri oleh penduduk setempat dengan jayanya. Ceramah yang sentiasa diadakan pada bulan-bulan Islam seperti Awal Muharram ini diharapkan dapat menyemai nilai-nilai murni serta dapat mendekatkan komuniti dengan aktiviti bermanfaat dan memberi ilmu pengetahuan.