USAHAWAN PRODUK KESIHATAN, PERALATAN RUMAH & KELAS MASAKAN

Nama : Siti Zaharah bt Harun

Umur : 38 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar Belakang

Pn Zaharah telah menceburi bidang ini hampir 2 tahun yang lalu setelah menjadi ejen kepada produk berjenama Amway. Pelbagai jenis produk dijual seperti produk kesihatan, peralatan memasak dan sebagainya. Selain itu, beliau turut mengadakan kelas-kelas masakan seperti membuat roti dan kek menggunakan produk-produk yang dijual.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 40.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing/disediakan oleh NADI Felda Jengka 3, beliau dapat mempromosikan produk melalui media sosial seperti Instagram dan tiktok. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM1000 dan jumlah pelanggan melebihi 100 orang sebulan.