BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Faridah bt. Muhammad Fazil

Umur : 21 Tahun

Ahli    : 2015

Latar Belakang

Cik Faridah merupakan pelajar lepasan Diploma dalam bidang pertanian. Beliau telah menjadi ahli NADI sejak di bangku sekolah rendah. Pelbagai jenis latihan ICT telah disertai seperti kelas Asas Komputer, Asas Internet, Asas Media Sosial dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kemahiran beliau adalah sedikit berkaitan pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam ms office bagi melaksanakan tugas harian sebagai seorang pelajar seperti membuat latihan dan kerja kursus.