Tarikh : 26, 27 & 28 Ogos 2017

Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3

 

Tarikh : 4 Julai 2017 (Selasa)

Masa : 11.00 Pagi - 2.00 Petang

Tempat : Perkarangan Dewan JKKK Felda Jengka 3

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Rancangan Felda Jengka 3 tahun 2017 telah diadakan baru-baru ini bagi meraikan kedatangan bulan Syawal. Jamuan ini melibatkan semua badan pertubuhan di Felda Jengka 3 seperti Felda, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Gerakan Pertubuhan Wanita (GPW), Belia, Tabika, Sekolah Kebangsaan, Klinik Desa, Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M), Masjid, Pejabat Penghulu Mukim, D'mart, Kelab Rukun Tetangga (KRT), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan lain-lain. Jamuan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran komuniti setempat dan tetamu-tetamu jemputan yang datang dari luar Felda Jengka 3. Jamuan ini juga dimeriahkan lagi dengan pemberian duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir pada  hari itu.

Tarikh : 16 Julai 2017 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi - 2.00 Petang

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3

Hari Dashboard Komuniti diadakan untuk mempromosikan pelbagai penggunaan dashboard yang disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia. Peserta yang terdiri daripada ahli Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3 telah menyertai program ini yang terdiri daripada usahawan, wanita, belia dan pelajar sekolah menengah. Pelbagai aktiviti disediakan seperti taklimat dashboard komuniti, Klik Dengan Bijak (KDB), Mobile E-Waste, pemeriksaan kesihatan (tekanan darah & berat), fotografi produk, kuiz dan lain-lain. Cabutan bertuah juga disediakan kepada semua yang hadir serta jamuan makan tengah hari juga disediakan.

Tarikh : 16.6.2017 (Jumaat)

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3

Majlis Bacaan Yassin telah diadakan bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Majlis ini melibatkan 30 orang peserta dari Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Jengka 3. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan tekanan darah dan berat (iHealth) dan penerangan berkaitan Dashboard Komuniti secara ringkas. Seterusnya majlis Bacaan Yassin dimulakan yang diketuai oleh salah seorang ahli GPW. Setelah itu, penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Mobile E-Waste diberikan secara ringkas kepada peserta yang hadir. Cabutan bertuah juga disediakan di akhir majlis bagi meraikan peserta yang hadir.