Tarikh : 6 Novmber 2016 (Ahad)

Masa : 8.00 Pagi - 2.00 Petang

Tempat : Tapak Pekan Sari Bandar Maran

Karnival Dashboard Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Kluster Maran telah diadakan bagi memperkenalkan sistem terbaru yang terdapat di seluruh Pusat Internet 1Malaysia bawah Telekom Malaysia. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hajah Shahaniza Bt Haji Shamsuddin (EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang Merangkap ADUN Kuala Sentul). Sistem Dashboard Komuniti ini terdiri daripada My Komuniti, My Soal, My Health, My Shop dan My Skool merupakan sistem yang dapat diakses setelah pengguna mendaftar sebagai Ahli di mana-mana Pusat Internet 1Malaysia seliaan Telekom Malaysia. Dashboard Komuniti ini memberi peluang semua peringkat umur untuk menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia di dalamnya. Pelbagai booth jualan juga tersedia untuk pengunjung selain booth-booth di bawah Dashboard Komuniti. Antaranya booth daripada usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia, Empower Ecer, FAMA dan sebagainya. Manakala booth Dashboard Komuniti pula menyediakan pelbagai aktiviti seperti kuiz Klik Dengan Bijak, Pemeriksaan tekanan darah dan berat dan lain-lain. Selain itu, penyampaian hadiah untuk peserta pertandingan poster dan video serta Ahli Pusat Internet 1Malaysia yang Aktif juga telah diadakan. Terdapat juga cabutan bertuah kepada pengunjung yang bertuah pada hari tersebut.

Tarikh : 4 November (Jumaat)

Masa : 8.30 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3

Mini Dashboard Day ini diadakan bagi memperkenalkan Dashboard Komuniti yang terdiri daripada My Komuniti, My Soal, My Skool, My Health dan My Shop yang telah diperkenalkan untuk kegunaan komuniti setempat. Semua peserta telah diberikan penerangan mengenai Dashboard Komuniti ini. Selain itu, terdapat aktiviti untuk usahawan yang menggunakan My Shop dan juga cabutan bertuah untuk semua peserta. 

Tarikh : 22 Julai 2016 (Jumaa)

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Dataran Felda Jengka 3

 

 

Tarikh : 3 September 2016 (Sabtu)

Masa : 8.00 Pagi - 6.00 Petang

Tempat : PEDi Kg. Berkat, Maran, Pahang.

 

Tarikh : 19 Julai 2016 (Selasa)

Masa : 11.00 Pagi - 2.00 Petang

Tempat : Dewan JKKK Jengka 3