1) Promosi PI, KDB dan Kemaskini BR1M 2018

Tarikh : 4, 5, dan 6 Disember 2017

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 50 Orang 

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah untuk meningkatkan tahap bijak IT di kalangan komuniti. Disamping belajar menggunakan internet dengan bijak.


Aktiviti

Program dimulakan dengan menerangkan kepada pengunjung-pengunjung tentang kemudahan yang terdapat di Pusat Internet. Kemudian peserta juga dijelaskan tentang penggunaan internet dengan bijak (klik dengan bijak) seperti cara-cara melayari laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mengemaskini BR1M 2018.Oleh itu, ramai pengunjung dapat mengemaskini BR1M mereka dengan mudah dan cepat.

Gambar Disini

 

2) Latihan Dashboard Komuniti - Pertandingan Dashboard Komuniti

Tarikh : 2, 8, 11, 14, 15, 16 & 19 Disember 2017

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi, 11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari, 3.00 – 4.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 35 Orang (13 Tahun Ke atas) 

Tujuan

Tujuan latihan diadakan adalah untuk menggalakkan ahli PI untuk menyertai Pertandingan Dashboard Komuniti serta memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain.


Aktiviti

Latihan ini memberi pendedahan kepada komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PI iaitu Dashboard Komuniti yang merangkumi mykomuniti, mysoal, myskool, myshop, myplace dan myhealth. Seterusnya mereka dapat menyertai pertandingan Dashboard Komuniti yang akan tamat penghujung tahun ini. Mereka juga diberi penerangan dengan lebih terperinci lagi tentang Dashboard Komuniti PI yang menyediakan satu platform kepada ahli PI untuk mengetahui pelbagai aktiviti, program serta hebahan yang berlaku di sekitar Jengka 3.


Gambar Disini

 

3) Program Cuti Sekolah : Kelas Microsoft Office & Movie Maker

Tarikh : 9, 12,15 dan 19 Disember 2017

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 30 Orang (SK & SMK) 

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah.Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran menaip peserta agar mereka lebih mahir lagi.

Program/latihan Movie Maker memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui tentang fungsi dan kelebihan software Movie Maker supaya mereka dapat menggunakan perisian ini dengan baik di sekolah.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (klik dengan bijak). Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar, dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk, dan memasukkan gambar. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Publisher dimana mereka menghasilkan kad ucapan sempena Hari Lahir, menghasilkan Kalendar Peribadi 2018 dan brosur. Selain itu, peserta diberi pendedahan mengenai perkara asas mereka-cipta movie seperti memasukkan gambar, menulis caption, mereka corak latar belakang, memasukkan muzik latar dan sebagainya. Seterusnya, peserta menghasilkan sebuah movie maker mengikut kerativiti masing-masing.

Gambar Disini

1) Latihan Dashboard Komuniti - Pertandingan Dashboard Komuniti

Tarikh : 10, 17, 19, 22, 24, 25, 26,28, 29 & 30 November 2017

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi, 11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari, 3.00 – 4.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 44 Orang 

Tujuan

Tujuan latihan diadakan adalah untuk menggalakkan ahli PI untuk menyertai Pertandingan Dashboard Komuniti serta memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti my komuniti, my soal, my skool, my shop, my health, my place dan lain-lain.


Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan.

  1. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan antaranya ialah penerangan tentang Mykomuniti iaitu ahli PI boleh menggunakan modul ini untuk menghebahkan maklumat atau aktiviti kepada komuniti di sekitar Jengka 3.
  2. Manakala, menerusi Mysoal, ahli PI boleh membuat aduan kepada PBT yang telah berdaftar dengan Dashboard Komuniti. Peserta juga diminta mencuba untuk membuat hebahan atau aduan yang berkaitan.
  1. Petugas PI turut memperkenalkan modul Myshop. Peserta diberikan pendedahan tentang kelebihan dan cara mengunakan Myshop untuk memuat-turun produk mereka. Peserta yang mempunyai produk diminta untuk memuatnaik produk mereka ke myshop.
  1. Modul Myplace turut diperkenalkan juga kepada peserta dimana mereka dapat berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Jengka 3 seperti homestay, tempat makan, tempat ibadah dan sebagainya. Peserta yang mempunyai maklumat berkaitan tempat yang menarik sekitar Jengka 3 diminta untuk memuatnaik maklumat tempat tersebut.

Gambar Disini

 

2) Kelas Microsoft Office & Online

Tarikh : 4, 5, 12,15 dan 25 November 2017

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari dan 3.00 petang – 5 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 31 Orang (SK & SMK) 

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari fungsi dan kelebihan Microsoft Word dan Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini ketika sesi pembelajaran di sekolah. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran menaip peserta agar mereka lebih mahir lagi.


Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (klik dengan bijak).

  1. Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar, dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk, dan memasukkan gambar. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com.
  1. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Publisher dimana mereka menghasilkan kad ucapan sempena Hari Lahir, menghasilkan Kalendar Peribadi 2018 dan brosur. Pertandingan menghasilkan kad ucapan, calendar dan brosur diadakan di akhir sesi pembelajaran untuk menguji tahap pemahaman mereka.

Gambar Disini

1) Promosi PI & KDB

Tarikh : 12 September 2017

Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi : Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 66 Orang 

 

Tujuan

Sempena Bulan Kebajikan Negara, PI Felda Jengka 3 dijemput untuk memberi taklimat berkenaan Program Klik Dengan Bijak supaya pelajar sekolah dan komuniti didedahkan dengan pelbagai kebaikan dan keburukan penggunaan internet.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada PI yang melibatkan objektif penubuhan, kemudahan yang disediakan, aktiviti dan lain-lain. Seterusnya, peserta diberikan penerangan tentang maksud Klik Dengan Bijak, perkara-perkara yang perlu diingati ketika melayari internet, baik dan buruk penggunaan internet jika tidak berwaspada dan sebagainya. Tayangan video berkaitan Klik Dengan Bijak juga ditayangkan sepanjang taklimat diberikan untuk memudahkan peserta memahami dengan lebih baik. Soalan kuiz berkaitan KDB turut diberikan untuk menguji pemahaman peserta dan hadiah saguhati turut diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat. Sepanjang program diadakan, Booth Klik Dengan Bijak juga disediakan untuk orang ramai mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan KDB.

Gambar Disini

 

2) Hari Dashboard Komuniti

Tarikh : 24 September 2017

Masa : 9.00 Pagi - 2.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 45 Orang 

 

Tujuan

Tujuan program diadakan adalah memperkenalkan perkhidmatan sistem Dashboard Komuniti PI kepada komuniti setempat yang merangkumi beberapa modul seperti Mykomuniti, Mysoal, Myskool, Myshop, Myhealth, Myplace dan lain-lain.

Aktiviti

Latihan bermula dengan sesi taklimat iaitu pengenalan kepada sistem Dashboard Komuniti. Cara-cara untuk log in ke sistem, website dan aplikasi android ditunjukkan. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan antaranya ialah penerangan tentang Mykomuniti iaitu ahli PI boleh menggunakan modul ini untuk menghebahkan maklumat atau aktiviti kepada komuniti di sekitar Jengka 3. Manakala, menerusi Mysoal, ahli PI boleh membuat aduan kepada PBT yang telah berdaftar dengan Dashboard Komuniti. Untuk Myhealth, peserta dapat memeriksa tekanan darah dan berat serta dapat merekod bacaan setiap kali membuat pemeriksaan. Peserta dapat melihat rekod pemeriksaan mereka menerusi modul Myhealth yang dipaparkan dalam Dashboard Komuniti. Petugas PI turut memperkenalkan modul Myshop. Peserta diberikan pendedahan tentang kelebihan dan cara mengunakan Myshop untuk memuat-turun produk mereka. Beberapa peserta menjalani sesi fotografi produk untuk dimuat-turun dalam Myshop. Modul Myplace antara aplikasi yang baru diperkenalkan juga diterangkan kepada peserta dimana mereka dapat berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Jengka 3 seperti homestay, tempat makan, tempat ibadah dan sebagainya.

Gambar Disini

1) Promosi PI, KDB & Mobile E-Waste

Tarikh : 20 & 22 Oktober 2017

Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 16 Orang 

Tujuan

Program Klik Dengan Bijak merupakan penerangan tentang kebaikan dan kelemahan penggunaan ICT mengikut kesesuaian pengguna/pelatih. 

Program e-waste memberi penjelasan tentang kelebihan-kelebihan Mobile E-waste dalam membentuk masyarakat untuk mencintai alam sekitar. Disamping menerangkan bahaya e-sisa kepada kesihatan dan persekitaran.

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan tentang maksud Klik Dengan Bijak, perkara-perkara yang perlu diingati ketika melayari internet, baik dan buruk penggunaan internet jika tidak berwaspada dan sebagainya. Peserta juga dapat mengetahui tentang cara pengurusan e-sisa dengan lebih baik untuk menjaga kesihatan dan alam sekitar. Seterusnya, tayangan video berkaitan Klik Dengan Bijak  ditayangkan sepanjang taklimat diberikan untuk memudahkan peserta memahami dengan lebih baik. Soalan kuiz berkaitan KDB dan e-waste turut diberikan untuk menguji pemahaman peserta dan hadiah saguhati turut diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.

Gambar Disini

 

2) Kelas Microsoft Office & Online

Tarikh : 7,14,15,16,17,19, 20, 22 dan 29 Oktober 2017

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari dan 3.00 petang – 5 petang

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 53 Orang (SK & SMK) 

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui asas pembelajaran tentang fungsi dan kelebihan Microsoft Word, Publisher supaya dapat membantu mereka menggunakan perisian ini dalam pembelajaran di sekolah.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan tahap kecekapan menaip kepada peserta agar mereka lebih mahir lagi.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan tujuan program latihan yang dilaksanakan. Petugas menerangkan tentang kebaikan penggunaan internet dan ICT dengan lebih bijak (klik dengan bijak). Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word seperti penggunaan keyboard, toolbar, dan sebagainya. Pelbagai teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual, mereka bentuk, dan memasukkan gambar. Peserta diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan maklumat menggunakan enjin carian seperti www.google.com. Peserta juga diajar untuk menggunakan Microsoft Publisher dimana mereka menghasilkan kad ucapan sempena Hari Lahir. Bagi pelajar SMK pula diajar untuk mencari online maklumat tentang kajian kursus (Sejarah & Geografi).

Gambar Disini

1) Microsoft Powerpoint

Tarikh : 12, 13 & 20 Ogos 2017

Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 15 Orang 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui lebih mendalam mengenai fungsi dan kelebihan Microsoft Powerpoint. Meningkatkan kemahiran peserta untuk menghasilkan ‘Slide Presentation’ dengan mencari maklumat yang tepat di internet serta membantu pelajar untuk menghasilkan slide yang baik supaya mereka dapat menggunakan perisian ini dengan baik di sekolah.

Aktiviti

Peserta diberikan pendedahan penggunaan Ms Powerpoint dengan latihan menggunakan toolbar, slide, animasi, memasukkan gambar, muzik, video, dan lain-lain. Peserta juga diajar menggunakan asas internet seperti mencari gambar dan informasi dalam enjin pencarian Google. Mereka juga diberikan tips untuk mencari maklumat yang tepat berkaitan tajuk yang diberikan.

Gambar Disini

 

 

2) Program Kemerdekaan

Tarikh : 26, 27 & 28 Ogos 2017

Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Lokasi : Pusat Internet Felda Jengka 3

Jumlah Peserta : 24 Orang 

 

Tujuan

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan hari kemerdekaan yang disambut setiap bulan Ogos. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan tahap penguasaan sejarah kemerdekaan tanah air dengan menjawab soalan teka silang kata serta mencari maklumat berkaitan kemerdekaan untuk pertandingan Slide Powerpoint Hari Kebangsaan.

Aktiviti

Pada hari pertama diadakan pertandingan menghasilkan Slide Powerpoint. Para peserta diminta menyiapkan 15 slide yang bertemakan ‘Negaraku, Sehati Sejiwa’. Mereka dibenarkan untuk mengakses maklumat di internet. Pertandingan ini melibatkan 7 orang peserta. Hari kedua melibatkan 6 orang pelajar sekolah rendah yang menyertai pertandingan Word Search. Mereka perlu mencari 10 perkataan tersembunyi yang bertemakan kemerdekaan. Pada hari ketiga, pertandingan teka silang kata disediakan untuk sebelas orang peserta. Mereka perlu menjawab soalan-soalan berkaitan kemerdekaan dan Malaysia untuk melengkapkan teka silang kata yang diberikan. Sepanjang pertandingan diadakan, video kemerdekaan juga di mainkan untuk menaikkan semangat kemerdekaan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

Gambar Disini