Tarikh : 30 April 2017 (Ahad)

Masa : 7.45 Pagi - 12.00 Malam

Tempat : Padang Awam & Dataran Sri Dahlia Jengka 3

Anjuran :

JKKK Felda Jengka 3 dengan kerjasama Felda, Komuniti 1 Malaysia Jengka 3, Pertubuhan Dalam Rancangan dan Individu Perseorangan.

Program yang diadakan di Felda Jengka 3 ini telah diadakan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti diadakan seperti futsal, bola sepak, sukaneka, bola tampar, bola jaring, ceramah agama, kenduri sekampung dan lain-lain. Program ini melibatkan semua peringkat umur dari kanak-kanak, belia, dewasa serta warga emas. Program sebegini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara komuniti serta membudayakan kehidupan yang sihat untuk anak-anak muda.

 

Tarikh : 17 Mac 2017

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Dewan Felda Jengka 3

Dirasmikan Oleh : YB Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abdul Muttalib 

(Timbalan Menteri Sumber Manusia)

Kembara Kerjaya Jelajah Felda yang diadakan di Felda Jengka 3 kali ini adalah kerjasama antara Felda, Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Pahang dan Job Malaysia. Selain itu, terdapat agensi lain yang bekerjama menjayakan program itu termasuklah FAMA, UiTM, TNB, JKR, ABM dan sebagainya. Program ini melibatkan pencari kerja di Daerah Maran dan yang berhampiran. Selain itu, ceramah kerjaya, kaunseling dan tips membuat resume juga diberikan kepada pencari kerja yang hadir untuk membantu mereka dalam pencarian kerja yang bersesuaian dengan kelayakan mereka. Program ini disambut baik oleh semua komuniti terutamanya golongan belia yang sedang mencari pekerjaan.

 

Tarikh : 28 September 2016 (Rabu)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Dataran Semai Bakti Felda Jengka 3

Penceramah : YH Dato' Badli Shah B Alauddin

Anjuran :

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Sentul, Majlis Belia Felda Wilayah Jengka

 

Ceramah Perdana ini diadakan sempena menyambut Awal Muharram 1438H dan disertai oleh penduduk sekitar Felda Jengka 3. 

 

Tarikh : 27 Januari 2017 (Jumaat)

Masa : 3.00 Petang

Tempat Dewan JKKK Felda Jengka 3

Majlis diadakan untuk menyampaikan sumbangan hadiah kasih sayang berupa beg sekolah daripada Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Puan azlin Othman (Naib Presiden) dan Encik Ibrizam yang datang dari Melaka. Majlis disempurnakan oleh ADUN Kuala Sentul YB dato' Hajah Shahaniza Binti Haji Shamsuddin. Sumbangan ini adalah untuk anak-anak yang bersekolah di sekitar Dun Kuala sentul.

 

 

Tarikh : 22 Julai 2016 (Jumaat)

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Dataran Felda Jengka 3

Bersama-sama

YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj

 

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2016 telah diadakan oleh Adun Kuala Sentul, Dato Hajah Shahaniza Bt Haji Shamsuddin bagi meraikan kedatangan Syawal bersama-sama komuniti di sekitar Dun Kuala Sentul. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj bagi meraikan Malam Mesra Aidilfitri yang dihadiri lebih kurang 10 000 tetamu. Pelbagai juadah disediakan oleh pihak penganjur seperti lemang dan rendang, nasi berlauk, roti canai, kebab, nasi lemak, keropok, cendol dan sebagainya. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian dari artis-artis tanah air yang dijemput khas ke majlis tersebut.