USAHAWAN PRODUK KESIHATAN, KECANTIKAN & PERALATAN RUMAH

Nama : NUR HAFIZZAH BT AB. RAHMAN

Umur : 35 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Pn Hafizzah telah menceburi bidang ini hampir setahun yang lalu setelah menjadi ejen kepada produk berjenama Amway. Pelbagai jenis produk yang dijual seperti produk kesihatan & Kecantikan, Kuali, Periuk Bertekanan tinggi, pengisar mudah alih dan sebagainya. Selain itu, beliau turut mengadakan kelas masakan menggunakan produk-produk yang dijual.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 5

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing/disediakan oleh PEDi Jengka 3, beliau dapat mempromosikan produk melalui media sosial seperti Instagram dan tiktok. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM500 dan jumlah pelanggan melebihi 10 orang sebulan.

USAHAWAN BIDANG PENGHANTARAN 

Nama : MOHD IZZAT EMIR B. SAADON

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2014

Latar Belakang

En Emir merupakan usahawan dalam bidang perkhidmatan (penghantaran barang) dari sekitar Jengka & Temerloh ke seluruh Malaysia. Perniagaan dijalankan ini adalah perkongsian bersama kakak beliau, Norlela bt Saadon. En Izzat telah menguruskan perkhidmatan penghantaran barang ini sejak setahun yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menggunakan internet, perniagaan beliau kurang diketahui orang ramai kerana promosi terhad di sekitar kawasan berhampiran sahaja. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 - RM2000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 300 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing/disediakan oleh PEDi Felda Jengka 3, beliau telah mempromosikan perkhidmatan penghantaran barang tersebut kepada peniaga IKS dan usahawan/peniaga online. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM3000 dan jumlah pelanggan melebihi 400 orang sebulan.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Nor Shazlin Izzati bt Mohd Sakuan

Umur : 22 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar Belakang

Cik Shazlin merupakan pekerja di Stesen Minyak BHP Jengka 3. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT di PIK sejak di bangku sekolah lagi untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu program/aktiviti dan pertandingan yang disertai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan Handphone untuk menggunakan media sosial dan  mengetahui sedikit berkaitan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook, Instagram sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung rakan-rakan dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office, facebook, email dan lain-lain.

USAHAWAN JUALAN ATAS TALIAN

Nama : Ahmad Husaini b. Baharudin

Umur : 21 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar Belakang

En Husaini telah menceburi bidang jualan ini sejak 2 tahun yang lalu setelah menjadi ejen kepada beberapa produk pakaian dan banyak lagi. Pelbagai jenis pakaian dijual seperti, Baju Melayu, Baju Kemeja Minyak Wangi,Kosmetik dan sebagainya. Tempahan yang diterima adalah dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan Jengka dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, WhatsApp, Instagram dan Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan internet, beliau hanya menjual kepada pelanggan sekitar Jengka 3 dan berhampiran. Pendapatan bulanan beliau kurang daripada RM100 sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 4 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun facebook, email dan myshop (Dashboard PIK) yang dapat mempromosikan produknya. Pelanggan beliau bukan sahaja di sekitar Jengka malah dari serata negeri setelah beliau membuat promosi melalui facebook, Whatsapp dan Instagram. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM300 dan jumlah pelanggan melebihi 15 orang sebulan.

 

USAHAWAN MAKANAN

Nama : Teuku Ira Akmal bt Teuku Nordin

Umur : 36 Tahun

Ahli    : 2017

Latar Belakang

Puan Ira merupakan peniaga makanan/minuman sambilan dan telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Felda Jengka 3 sejak 2 tahun yang lalu. Menghasilkan produk makanan dan minuman seperti air abc, cendol, air tebu, aiskrim, mini pizza, ayam penyet, keropok, rojak, kuih-muih dan sebagainya. Perniagaan ini dijalankan bersama-sama keluarganya. Pelanggan-pelanggan adalah kawasan berhampiran Jengka.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan internet, beliau hanya menjual kepada pelanggan sekitar Jengka 3 dan berhampiran. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 20 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard Pi) sendiri yang mempromosikan perniagaannya. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk beliau melalui Facebook, WhatsApp dan Myshop (Dashboard Pi). Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM250 dan jumlah pelanggan kini melebihi 30 orang sebulan.