USAHAWAN MAKANAN

Nama : Normazliyana Bt Mohd Maidin

Umur : 22 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Merupakan usahawan makanan sepenuh masa yang berniaga secara kecil-kecilan di gerai dan menjual pelbagai jenis lauk-pauk, nasi, kuih-muih seperti pulut panggang, karipap, dan lain-lain.

Saudari Mazliyana telah menceburi perniagaan di sekitar Felda Jengka 3 sejak 3 tahun yang lalu. Beliau memulakan perniagaan di gerai depan rumah beliau di kawasan tumpuan komuniti di Jengka 3. Pelanggan beliau terdiri daripada penduduk sekitar Jengka 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saudari Mazliyana hanya mempromosikan perniagaan beliau kepada jiran tetangga dan rakan-rakan yang mengetahui berkaitan produk yang diniagakan. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 100 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard PI) sendiri yang menjadi medium untuk mempromosikan makanan yang diniagakan di gerai beliau. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk berkenaan melalui media sosial tersebut menjadikan pelanggan beliau bertambah dari sebelumnya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih kurang RM600 dan jumlah pelanggan kini lebih 200 orang sebulan.

 

USAHAWAN MAKANAN PASTRI

Nama : Noraziah Bt Ropa

Umur : 44 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Merupakan suri rumah dan usahawan masakan separuh masa. Menghasilkan produk seperti tart buah, kek, kuih, biskut dan sebagainya di bawah syarikatnya sendiri iaitu Nourra Creative Homemade. 

Pn Noraziah telah menceburi bidang masakan ini secara kecil-kecilan di sekitar Felda Jengka 3. Beliau terlibat dalam bidang masakan sejak 10 tahun yang lalu. Beliau juga merupakan antara tenaga pengajar masakan di Daerah Maran. Pelbagai jenis masakan yang dihasilkan seperti tart buah, kek, kuih, biskut dan sebagainya. Tempahan yang diterima adalah dari pelanggan-pelanggan sekitar kawasan dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui WhatsApp, Facebook. Instagram & Myshop (Dashboard Komuniti).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM600 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun Facebook, Instagram dan Myshop (Dashboard Komuniti) untuk mempromosikan produk-produk yang dihasilkannya. Kini pelanggan beliau telah bertambah dari serata tempat, malah beliau turut mendapat tempahan dari organisasi di musim perayaan yang menempah pelbagai jenis biskut raya. Selain itu, beliau turut mendapat tempahan cenderahati (Doorgift) serta hantaran tart buah untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, pertunangan, kesyukuran dan lain-lain. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800 – RM1500.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muhammad Khairul Azmi b. Khairuddin

Umur : 21 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Azmi merupakan pelajar yang sedang menuntut di salah sebuah IPTA. Ketika di alam persekolahan beliau kerap ke Pusat Internet untuk meningkatkan diri dari segi kemahiran ICT bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan sekolah yang diberikan oleh gurunya. Beliau juga gemar mengikuti latihan ICT dan menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah, Pi, SKMM dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mengetahui beberapa perkara asas berkaitan komputer dan internet. Tugas dan peranan sebagai seorang pelajar sekolah sebelum ini menuntut beliau untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang memerlukan kemahiran komputer dan internet seperti menaip, mencari maklumat secara atas talian serta membuat slide perbentangan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook, instagram sendiri bagi memudahkannya untuk berhubung dengan guru, rakan sekolah dan sanak-saudara yang berada jauh. Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer, facebook dan lain-lain.

USAHAWAN MAKANAN

Nama : Wasitah bt Mohamad

Umur : 42 Tahun

Ahli    : 2014

 

Latar Belakang

Merupakan suri rumah dan usahawan makanan separuh masa yang berniaga secara kecil-kecilan di gerai dan menjual pelbagai jenis lauk-pauk, nasi, kuih-muih seperti pulut panggang, karipap, ketayap, donut dan lain-lain. 

Pn Wasitah telah menceburi perniagaan di sekitar Felda Jengka 3 sejak 5 tahun yang lalu. Beliau memulakan perniagaan di gerai hadapan rumah beliau di kawasan tumpuan komuniti di Jengka 3. Pelanggan beliau terdiri daripada penduduk sekitar Jengka 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Wasitah hanya mempromosikan perniagaan beliau kepada jiran tetangga dan rakan-rakan yang mengetahui berkaitan produk yang diniagakan. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 100 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau telah memiliki akaun email, Facebook dan Myshop (Dashboard Komuniti PI) sendiri yang menjadi medium untuk mempromosikan makanan yang diniagakan di gerai beliau. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui berkenaan produk berkenaan melalui media sosial tersebut menjadikan pelanggan beliau bertambah dari sebelumnya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih kurang RM800 dan jumlah pelanggan kini lebih 200 orang sebulan.

USAHAWAN MAKANAN PASTRI

Nama : Zunaida bt Ahmad

Umur : 47 Tahun

Ahli    : 2015

Latar Belakang

Merupakan suri rumah dan usahawan makanan separuh masa secara kecil-kecilan di rumahnya sejak 3 tahun yang lalu. Menghasilkan produk berasaskan pastri seperti kek pelangi, kek minyak moist, kek masam manis, kek gula hangus dan apam polkadot.  Produk-produk tersebut dihasilkan berdasarkan permintaan komuniti setempat untuk sebarang majlis. Tempahan yang diterima adalah daripada pelanggan-pelanggan sekitar kawasan dan juga luar kawasan yang membuat tempahan melalui telefon, whatsApp dan facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 30 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook dan myshop (Dashboard Pi) sendiri yang mempromosikan produk di atas talian dimana pelanggan beliau dapat mengetahui terus berkenaan produk disana. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM500 dan jumlah pelanggan kini melebihi 50 orang sebulan.